Akhlak Diri Cermin Tingkah laku???
Gerak-geri seseorang mencerminkan ketajaman akal dan kejernihan hatinya. Kita boleh menilai keadaan seseorang melalui tingkah laku dan perangainya. Orang yang paling mengenali akhlak Rasulullah adalah Aisyah s.a. Aisyah sangat memahami tingkah laku Nabi Muhammad serta segala hal yang menyangkut kehidupan suaminya itu baik zahir mahupun batin.
Gerak-geri seseorang mencerminkan ketajaman akal dan kejernihan hatinya. Kita boleh menilai keadaan seseorang melalui tingkah laku dan perangainya. Orang yang paling mengenali akhlak Rasulullah adalah Aisyah s.a. Aisyah sangat memahami tingkah laku Nabi Muhammad serta segala hal yang menyangkut kehidupan suaminya itu baik zahir mahupun batin.
"Rasulullah bukan orang yang suka berkata keji, buruk perangai dan bukan orang yang suka berkeliaran di pasar, bukan pula orang yang membalas kejelekan dengan kejelekan akan tetapi orang yang suka memaafkan dan melupakan kesalahan." (H.R Ahmad)
Daripada semua keagungan yang dimiliki Rasulullah, satu saja diikuti dan diteladani pasti akan menjadi penanaman kebaikan yang tidak akan pernah mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan pula. Pilihlah di antaranya, jika tidak mampu semuanya. Selain itu, antara sekian jalan yang wajar kita teladani adalah pengajaran yang diberikan Rasulullah tentang masalah-masalah agama dan pelbagai perbincangan dengan para sahabatnya. Antara pesan yang sering baginda lontarkan adalah, "Barang siapa yang mati sedangkan dia menyekutukan Allah, maka dia masuk neraka." (H.R Bukhari)
Sabda baginda, "Seorang muslim adalah orang yang selamat dari perkataan dan tangannya dan seorang yang hijrah adalah orang yang hijrah dan apa yang dilarang Allah." (Muttafaq Alaih)
Antara pesanan baginda lagi, "Berilah khabar gembira pada orang yang berjalan di kegelapan menuju masjid bahawa kelak akan diberikan cahaya yang sempurna di hari kiamat." (H.R Tirmidzi dan Abu Daud) "Lawanlah orang-orang musyrik itu dengan hartamu, jiwamu dan perkataanmu." (H.R Abu Daud)
Muttafaq Alaih meriwayatkan, "Hendaklah seseorang itu menjaga perkataannya supaya tidak salah dan terjerumus ke dalam neraka walaupun dia harus berpisah menjauh dari timur dan barat."
Moral Sirah
Perlakuan adalah cermin kepada akhlak dan diri kita yang sebenarnya seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada kalanya, tanpa disedari melalui perbuatan kita ada mata yang memandang dan menilai perilaku kita. Oleh itu, seharusnya kita sebagai manusia menjaga keperibadian agar sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.


0 ulasan:
Post a Comment