SYARIAH ISLAMIAH
KORBAN
KORBAN
- Konsep Korban
- Hukum Berkorban
Dalam sebuah keluarga, korban memadai dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terutamanya ketua keluarga kerana hukumnya adalah sunat kifayah.
Korban menjadi wajib apabila seseorang bernazar hendak melakukannya seperti ia berkata "Lembu itu untuk Allah" atau "Kambing itu untuk Allah".
- Sejarah Disyariatkan Korban
- Rukun-rukun & Syarat-syarat Korban
- Binatang al-an'am iaitu unta, kerbau, lembu dan semua jenis kambing
- Binatang tidak mempunyai sebarang kecacatan yang buruk.
- Masa bermula pada hari raya korban selepas sembahyang hari raya dan pada hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 zulhijjah.
- Orang yang dituntut membuat korban iaitu Islam, merdeka, bermukim, berkemampuan dan berakal serta baligh.
- Perlaksanaan Korban
* Binatang yang boleh dikorbankan ialah binatang al-an'am sahaja.
* Umur binatang-binatang yang boleh dikorbankan.
1. Unta - 6 tahun
2. Lembu dan kerbau - 3 tahun
3. Kambing dan kibas - 3 tahun
4. Biri-biri - 2 tahun dan selepas berganti gigi setelah umur 6 bulan.
* Hendaklah bebas daripada sebarang penyakit dan tidak mempunyai kecacatan anggota yang mengurangkan dagingnya.
* Korban hendaklah berniat ketika menyembelih atau mewakilinya kepada orang lain.
* Disunatkan hadir untuk menyaksikan penyembelihan itu.
- Sunat Korban
- Orang yang melakukan korban hendaklah menyembelih sendiri binatang korban jika ia mampu.
- Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan menghadap kiblat.
- Alat yang digunakan untuk menyembelih hendaklah tajam.
- Hendaklah membaca bismillah, selawat atas Nabi dan bertakbir sebelum dan selepas bismillah serta doa.
- Hikmah Korban
- Sebagai mengingati dan menghayati peristiwa dan semangat korban yang dilakukan pada Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail.
- Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
- Memupuk sifat ikhlas, takwa, sedia berkorban kerana Allah untuk meninggikan syi'ar Islam.
- Pengagihan Daging Korban
- Korban hendaklah dibahagi-bahagikan kepada Islam terutamanya fakir dan miskin, serta kaum kerabat.
- Haram diberi kepada orang kafir.
- Orang yang buat korban disunatkan untuk memakan daging korban tersebut.
- Orang yang menerima daging korban, jika dia fakir dan miskin, dia boleh makan daging tersebut, menyimpannya atau menjualnya, kerana daging itu menjadi haknya.
- Tetapi jika kaya, dia hanya boleh makan sahaja tetapi tidak boleh menjualnya.


1 ulasan:
salam...selamat hari raya aidiladha...walaupun telewat sikit..tp stil sempat kan???and one more thing, tq for the info..i'll always support u... :)
Post a Comment